Netizen Persoal Niat Fathia Latiff Kaitkan Lagu ‘Reply’ Di Matamu Dengan Elfira Loy

Hiburan

Netizen Persoal Niat Fathia Latiff Kaitkan Lagu ‘Reply’ Di Matamu Dengan Elfira Loy

Beberapa “cover” lagu Fathia Latiff sebelum ini mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai. Terbaru, Fathia juga tidak melepaskan peluang dan membuat kelainan apabila muncul dengan versi “reply” lagu hangat Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi.

Advertisement

Suara Fathia tidak dinafikan lagi memang sedap, namun apa yang menjadi bualan netizen ialah ketika Fathia “cc” lagu tersebut kepada bekas tunang Sufian iaitu Elfira Loy di Twitter. Malah, Elfira juga tidak faham mengapa Fathia berbuat demikian.

Netizen turut mempersoalkan apakah motif sebenar Fathia untuk terus melibatkan Elfira dengan kenangan silamnya.

Walaubagaimanapun, Fathia menjelaskan perkara itu sekadar suka-suka sahaja dan tidak pernah berniat mahu mengambil kesempatan atas kisah putus tunang Elfira dan Sufian.

Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja mencuba untuk menukar lirik lagu Di Matamu versi balasan (reply). Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut. Tapi dia okey sahaja. Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa.

Harapnya isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Mungkin netizen hanya mahu Fathia menjaga hati kedua-dua belah pihak memandangkan isu putus tunang tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi yang menjejaskan keluarga Sufian dan Elfira. Apa-apa pun, kami puji sura Fathia memang merdu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...