February 15th, 2019

Anugerah MeleTOP Era (AME 2019) kembali lagi pada tahun ini, seperti biasa mereka akan mempertandingkan beberapa pencalonan yang semuanya berdasarkan undian daripada peminat.

Antara kategorinya ialah Anugerah Si Cilik MeleTOP yang mencalonkan anak-anak selebriti popular.

Bagaimanapun, netizen mula mempersoalkan kewujudan kategori tersebut. Ia seakan-akan mengeksploitasi kanak-kanak ini untuk publisiti murahan. Ada juga netizen berpendapat tidak mustahil ia turut mendedahkan kanak-kanak ini kepada risiko pedofilia.

Apa pula komen anda? Perlu atau tidak kategori seperti ini diwujudkan?


29 responses to “Netizen Persoal Kewujudan Kategori Kanak- Kanak Di AME”

  1. Dina says:

    Ramai yang suka tengok anak2 artis ni so tak salah untuk adakan award camni saja untuk suka2. Makbapak diaorang chill jer tak kisah menang ke kalah. Masalah nye bila fans masing2 yang duk gaduh. Tahun lepas takde pulak orang bising tapi tahun ni sebab nama aafiyah takde mula lah orang nak ungkit anugerah bodoh lah sbb tak puas hati…lol

  2. Anonymous says:

    Ingatkan drama 7 petang dh cukup bodoh eh ade pulak anugerah cap ayam + kategori syok sendiri yg dimenangi org yg sme. In the end buat2 surprise terkejut menang. Apooo

Loading...