Netizen Persoal Kenapa Pakaikan Anak Baju Lelaki, Nadzmi Adhwa Tampil Beri Penjelasan, -“Harap Ramai Yang Terbuka Dan Lebih Positif..”

Hiburan

Netizen Persoal Kenapa Pakaikan Anak Baju Lelaki, Nadzmi Adhwa Tampil Beri Penjelasan, -“Harap Ramai Yang Terbuka Dan Lebih Positif..”

Pasangan Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana yang baru-baru ini baru saja menimang cahaya mata perempuan iaitu Arwa Malaikha Urwa hampir sebulan lalu pasti saja telah mendapat perhatian netizen kerana anak kedua selebriti ini yang sangat comel.

Sering saja berkongsi foto-foto terbaru anak mereka, kini ramai netizen di luar sana yang keliru apabila melihat Malaikha sering saja digayakan dengan pakaian lelaki sedangkan jantina bayi tersebut adalah perempuan.

Advertisement
View this post on Instagram

Salam jumaat , saya adalah cikgu silat baru awak pada hari ini ?Nama saya Pendekar oren ?kikiki ?

A post shared by Arwa Malaikha Urwa (@babyadhwardell) on

Melihatkan respon yang pelbagai itu, Nadzmi Adhwa tampil memberi penjelasan yang sebenarnya iaitu dia dan Ardel telah membeli baju-baju untuk Malaikha sebelum mengetahui jantina bayi berkenaan lagi.

“Abie (Nadzmi) belika masa dalam perut, mula-mula doktor tengok lelaki, jadi ada beli sikit baju macam lelaki & perempuan boleh pakai romper jadi selamat lelaki dan perempuan boleh pakai. Romper ni sebenarnya baju unisex tapi sebab kepala dah botak..”

 Dalam pada itu, Nadzmi berharap masyarakat di luar sana supaya lebih berfikiran terbuka dan bersikap positif. Mengimbas kembali, pasangan ini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu dan kini ceria dengan kehadiran Arwa Malaikha Urwa yang lahir pada 5 Jun baru-baru ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...