Pengarah terkenal, Michael Ang baru-baru ini telah dikritik sesetengah individu di media sosial apabila dia sering menampilkan pelakon yang sama dalam setiap naskah yang diarahkannya.
Ini berikutan drama terbaru arahannya, Marry Me Senorita sekali lagi mengangkat nama Janna Nick sebagai heroin dalam karya tersebut. Selain mendapat pujian kerana gandingan yang mantap antara pelakon wanita itu dan juga kekasih hatinya, Dini Schatzmann, ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan sama ada sudah tiada pelakon wanita lain dalam industri perfileman negara.
Tidak berdiam diri, Michael Ang tampil memberi jawapan balas mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya untuk pengetahuan peminat.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Janna pernah tampil dalam drama My Coffee Prince arahan pengarah tersebut pada tahun 2018 yang lalu.
Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Instagram Michael memberi reaksi yang pelbagai dan ada di antaranya turut mengkagumi bakat lakonan Janna Nick di layar TV.
Drama Marry Me Senorita turut dibintangi pelakon seperti Shaza Bae, Datuk Jalaludin Hassa, Yasmin Hani, Raja Azura, Meerqeen dan Daler Yusof. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi slot Megadrama saluran Astro Ria.