Netizen Persoal Irfan Haris Asyik Kongsi Kisah Cinta Kakak, Amira Othman & Fattah Amin – “Beriya Cerita A-Z”

Hiburan

Netizen Persoal Irfan Haris Asyik Kongsi Kisah Cinta Kakak, Amira Othman & Fattah Amin – “Beriya Cerita A-Z”

Sejak pengumuman pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman, nama adik kepada penyanyi itu, Irfan Haris turut menjadi tumpuan.

Ini kerana Irfan dilihat beberapa kali bercerita secara terbuka mengenai hubungan cinta kakaknya bersama Fattah, termasuk kisah lamaran serta perjalanan cinta mereka selepas pengumuman rasmi dibuat baru-baru ini.

Advertisement

irfan haris terpaling

Namun, tindakan penyanyi muda itu mula dipersoalkan oleh segelintir netizen di Threads yang berpendapat isu percintaan adalah perkara peribadi dan seharusnya datang daripada mulut Amira sendiri.

Walau bagaimanapun, terdapat juga peminat yang mempertahankan Irfan dengan mengatakan tindakannya itu hanya sekadar berkongsi rasa gembira dan bangga sebagai seorang adik.

Apa pun, majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman yang dijadualkan berlangsung pada 14 September ini tetap menjadi acara paling dinanti, meskipun pelbagai cerita di sebalik tabir masih hangat diperkatakan di media sosial.

tokti nyanya fattah nikah
2025-09-10 15:43:55

Siti Nurhaliza Bakal Menyanyi Di Majlis Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...