Pelakon, Fatin Afeefa tampil mempertahankan rakan baiknya, Datin Intan Najuwa ada netizen yang mempersoal tindakan Intan itu bersalin secara pembedahan atau czer.
Fatin berkata, netizen tidak berhak untuk mempersoal perkara itu dan menyifatkan kata-kata mereka sebagai jahat.
Intan czer pun bukan dia nak. Tapi netizen yang kata ‘Alhamdulillah beranak normal’, kenapa mesti czer itu jahat.
Jenis muka busuk, hati busuk, Tuhan belum uji sebab tu macam tu.
Perkara itu diluahkan Fatin menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu.