Sejak dua hari lepas, satu iklan lasagna berlegar di media sosial kerana pengusahanya menggunakan ayat ‘lasagna adalah makanan kesukaan nabi’ untuk menarik pembeli. Alasan yang diberikan oleh peniaga itu ialah Rasulullah SAW sukakan thareed, sejenis makanan yang terdiri daripada roti, kuah dan daging. Oleh itu, Nabi sukakan lasagna kerana lasagna juga terdiri dari komponen yang sama dengan Thareed.
Iklan tersebut ditulis oleh pemilik satu bakeri bernama Manis Bakery & Cafe dan mula menjadi bahan bualan Netizen. Kebanyakannya mengecam pemilik bakeri tersebut kerana ‘menunggang agama’.
Antara komen Netizen Twitter berkenaan isu tersebut:
Lasagna makanan kesukaan nabi? Might as well said nabi suka fine Italian Dining. Melayu kalau berniaga, asyik tunggang agama. Bebal
— Zulhamizan (@5feet7_tall) January 3, 2017
Nabi makan lasagna HAHAHAHAHAHHAA
— Reika (@reikasml) January 2, 2017
Hahahaahhaahahahahhaha umat jenis apa aku ni baru tau nabi suka makan lasagna
— pinses neni (@NaylyFilza) January 3, 2017
Mungkin kerana tertekan dikecam, pemilik bakeri tersebut telah bertindak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh seorang Netizen Singapura, Salwah Charisma, telah menulis komen di status asal yang ditulis peniaga tersebut.
Bagaimanapun, peniaga tersebut telah menulis mesej peribadi melalui Facebook kepada Salwah:
Bagaimanapun, perbualan antar Malaysia pantas bertukar kepada isu antara negara:
Salwah memberitahu dia memuat naik gambar-gambar ini kerana peniaga tersebut menyekatnya setelah menghantar mesej kepadanya.
Berikutan itu, melalui laman Facebooknya, Dr. Ustaz Rozaime Ramli telah menulis mengenai bahaya mendustakan Nabi:
Seorang pengguna Facebook, Aina Wafi Abdul Kadir juga telah menulis tentang ini:
Kata-kata Ustaz itu ada benarnya. Sebaiknya kita elakkan dari menyebarkan cerita mengenai sesuatu yang tidak sahih mengenai Rasulullah SAW. Elakkan menggunakan agama sebagai satu cara untuk memasarkan atau mempromosikan produk.
Buat anda yang tidak pernah melihat, ini ialah rupa sebenar ‘thareed’
Menceritakan kelebihan produk anda saja sebenarnya sudah cukup. Jika mahu lebih reach, gunakanlah FB Advert.-amazingnara.com
Sumber: Aina Wafi Ab Kadir, Salwah Charisma