Sejak kebelakangan ini, semakin ramai doktor perubatan tampil di media sosial menegur selebriti yang menjual atau menjadi duta kepada produk suplemen melibatkan kanak-kanak. terbaru, Netizen di Forum Cari mempersoalkan Hanis Zalikha, kerana memberi anaknya makan suplemen kolagen yang dijualnya.
Dalam beberapa siri video, Yusuf Iskandar dilihat makan sesuatu dari paket, dipercayai produk suplemen kolagen yang dijual sendiri oleh Hanis.
Netizen menyuarakan kebimbangan kerana usia Yusuf masih terlalu muda untuk makan suplemen tersebut, teutamanya kesan jangka panjang yang tidak diketahui.
Sebelum ini, Dr Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang melalui Twitter telah menegur artis agar lebih bertanggungjawab dan tidak melibatkan kanak-kanak dalam penjualan suplemen.
Pesanan dan rayuan saya kepada kesemua artis tanahair.
Terima kasih ya! pic.twitter.com/NcVRhXgtf5
— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 14, 2018
Sebelum ini juga beberapa orang pengamal perubatan telah menegur Neelofa dan pelakon baru Intan Najuwa kerana mempromosikan suplemen untuk kanak-kanak. – beautifulnara.com
Sumber: Forum Cari
xminatusop
February 17, 2018 at 7:55 pm
aaaaaaaa sorry laa x minat usop n bujibureett..
sorry to say ‘my little heroes’ tu ak tgk mak ayh diorg je lelebih…series rncgn tu boring weh.. sorry
Xxxx
February 16, 2018 at 10:30 pm
Dulu beria2 hanis tunjuk yusuf minum susu karihome, lepas dpt endorsement anmum terus cakap yusuf dh tukar susu, dh x minum karihome, tapi mcm x logic je tiba2 tukar, demi duit sanggup gunakan anak
kakakkertu
February 16, 2018 at 11:27 pm
tau takpa.. aku kalau anmum punya susu last choice gila babi la.. gula dia lagi tinggi dari susu lain.. ingat senang2 ke boleh tuka susu anak gitu2 je.. dari karihome ke anmum jauh tu.. susu kambing ke susu lembu.. jauh tu.. anak aku yang sulung minum susu friso.. saja aku nak tuka sebab macam nak save kos.. tak berak budak tu.. ingat senang2 ke tuka..