Ketika Sofi Jikan ditahan kerana positif dadah jenis ganja dan antara orang yang disyaki terlibat dalam kes Datuk Farid Kamil, ramai yang tertanya apa yang sudah terjadi sebenarnya. Seperti yang umum mengetahui, Sofi sebelum ini antara rakan artis yang sanggup turun padang dan berada di mahkamah membela serta menceritakan kebaikan Farid ketika beliau ditahan bulan lalu.
Terbaru, Farid dilihat turut “like” foto serta video di Instagram Sofi yang berkaitan dengan kes penahanannya itu.
Ia mencetuskan tanda tanya netizen mengapa Farid bertindak sedemikian apatah lagi kapsyen di Instagram Sofi memberikan maksud yang begitu mendalam mengenai siapa kawan dan siapa pula lawan yang sebenar.
Apa sebenarnya yang berlaku hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan satu hari pasti segalanya akan terjawab.