Rasanya ramai bakal pengantin mahupun pasangan yang mahu melangkah ke fasa lebih serius terpaksa menjeruk perasaan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 4 Februari ini.
Mungkin ada yang terpaksa memandang sepi duit yang sudah pun berhabis bagi mengadakan majlis bermakna itu memandangkan terdapat larangan melangsungkan sebarang majlis keramaian.
Pun begitu, netizen nyata tertarik apabila melihat anak sulung Sheila Rusly, Uzair Haqimy dan pelakon Elisya Sandha menjalankan majlis pertunangan beberapa hari lepas. Rata-rata suara sepertinya pelik bagaimana keluarga keduanya boleh mengadakan majlis ketika PKP ini.
Bukan hanya mahu menuduh, namun individu di Twitter ini mempersoalkan sama ada majlis pertunangan boleh diadakan sedangkan sudah tertulis dalam SOP bahawa ia adalah antara aktiviti yang dilarang.
Malah kebanyakan netizen lain juga menyuarakan pendapat yang sama selain turut berkongsi pengalaman mereka terpaksa membatalkan majlis penting bagi mematuhi peraturan kerajaan.
Malah ada yang menegur hadirin pada majlis tersebut kerana kelihatan tidak mengenakan pelitup muka walaupun terdapat beberapa orang duduk bersama.
Terbaru, Elisya Sandha ada berkongsi sebuah klip pendek bagi meraikan hari bermakna tersebut. Daripada sedutan tersebut, dapat dilihat kedua buah keluarga pasangan itu hadir memriahkan lagi majlis tersebut.
View this post on Instagram
Nampaknya isu ini sudah menjadi bualan ramai di laman media sosial sejak kelmarin. Apa pendapat korang?