Satu klip video pendek dari acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kini tular di media sosial apabila kelihatan Fazura menjeling seseorang semasa mahu duduk di barisan hadapan acara tersebut.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, Fazura tampil anggun seperti biasa, namun saat dia mahu melabuhkan punggung, matanya sempat menjeling ke arah individu yang berada di sebelahnya.
https://www.threads.com/@mizr_mira/post/DM-aDFty7Dd?xmt=AQF01q3W_WL0BZrBX_FEIocervt9gvfpQDNIalANK3-YnQ
Meskipun tiada dialog atau interaksi jelas dirakam, reaksi wajah Fazura yang kelihatan kurang selesa atau sinis cukup untuk mencetuskan perdebatan hangat di ruangan komen.
Sehingga kini, identiti sebenar selebriti berkenaan belum dapat dipastikan, namun netizen sudah mula ‘menyiasat’ berdasarkan pakaian dan profil artis yang hadir di barisan yang sama.