Netizen Pelik Sikap Ibu Anna Jobling, Didakwa ‘Try Hard’ Burukkan Anak Sendiri – “Ni Kira ‘Mental Abuse’ Dah”

Hiburan

Netizen Pelik Sikap Ibu Anna Jobling, Didakwa ‘Try Hard’ Burukkan Anak Sendiri – “Ni Kira ‘Mental Abuse’ Dah”

Kemelut antara pelakon, Anna Jobling, dan ibunya, Ariz Arop, terus menjadi perhatian warganet selepas beberapa siri pendedahan dan siaran langsung di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Ariz yang didakwa kerap membuat siaran langsung menceritakan perkara buruk mengenai anaknya.

Advertisement

Wei mak apa macam ni makin di tegur makin menjadi-jadi. Dekat sini memang dah nampak mak dia mental, kalau live sekali boleh husnuzon lagi mungkin dia nak bela diri and nak explain kenapa dia buat anak dia macam tu.

Individu tersebut turut berkongsi tangkap layar menunjukkan Ariz menjemput untuk orang ramai memasuki ‘live’ TikToknya.

Rupanya Ini Sebab Anna Jobling Buat Perintah Injuksi Terhadap Ibu – “Dia Nak Bebas, ‘Pihak Ketiga’ Nak Kawal Dia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pandangan tersebut dan turut mempersoalkan motif tindakan Ariz.

“Macam kebetulan sangat la kan, esok birthday anna… terus buat hal. sengaja ke tu?”

“Mak yang burukkan anak = ciri ciri narsistik also known as joy killer and the need to be in control, dia rasa dia dah tak dpt control Ana tu jadi meracau ni.”

“Dia nak jatuhkan karier anak dia kot.”

“Wehhh try hard nya ko ni. ni kira mental abuse tau aduhhh.”

“Seyes laa.. Memang nak buka aib anak bagai org tua ni.. AJ make a right move,” tulis netizen.

Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.

Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Punca perintah injuksi anna jobling
2025-08-13 12:57:44

Rupanya Ini Sebab Anna Jobling Buat Perintah Injuksi Terhadap Ibu - "Dia Nak Bebas, 'Pihak Ketiga' Nak Kawal Dia"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...