Tular di media sosial apabila suspek utama bergelar Datuk Seri yang terlibat dengan Macau Scam berjaya melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut pihak SPRM sendiri, suspek meloloskan diri seleps bertindak memanjat pagar bagi mengelak dari ditahan pihak polis.
Bagaimanapun, ia seakan menimbulkan keraguan ramai pihak sehingga ada yang mempersoalkan kredibiliti PDRM dan SPRM. Namun, sehingga kini masih belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan.
Rentetan itu, perkara ini turut mendapat perhatian Datuk Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), yang khabarnya bimbang andai perkara ini akan mula menjadi pertikaian masyarakat.
“Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM? Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan,”
Susulan kejadian, menjengah ke ruangan komen dalam sebuah posting yang dimuat naik oleh Harian Metro di laman Facebook miliknya, rata-rata netizen mula mempertikaikan situasi bagaimana suspek boleh memanjat pagar pejabat PDRM yang tinggi.
Malah, ada juga pihak yang menganggap ia sesuatu yang tidak logik kerana suspek bukanlah seorang yang ‘fit’. Sehingga kini, kes ini masih menjadi bualan hangat netizen khususnya buat para pengguna di laman Twitter.
Tahukah anda macam ni punya tinggi pagar jangan kata orang gemuk, orang kurus pun tak lepas, melainkan kau tu Majin Buu. pic.twitter.com/2VG0KdJwbm
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) October 14, 2020