Netizen ‘Panas Hati’ Lihat Kapsyen BCL Bersama Tiko -“Padahal Noah Juga Bisa Bikin Tersenyum”

Hiburan

Netizen ‘Panas Hati’ Lihat Kapsyen BCL Bersama Tiko -“Padahal Noah Juga Bisa Bikin Tersenyum”

Penyanyi dan juga pelakon, Bunga Citra Lestari mencuri perhatian netizen terutamanya peminat di Indonesia apabila dia ada memuat naik sekeping foto bersama suami, Tiko Aryawardhana di Instagram baru-baru ini.

Dalam foto itu, Bunga dilihat memegang tangan Tiko dan menulis kapsyen ringkas namun bermakna ‘I found my smile again’ berserta emoji hati.

Advertisement

Namun begitu, perkongsian istimewa Bunga itu sepertinya tidak dapat diterima sesetengah netizen di media sosial apabila ada yang membandingkan Tiko dengan arwah suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.

Kata netizen, cinta terhadap arwah Asyraf tidak terlalu mendalam buat Bunga dan Noah juga boleh membuatkan dia tersenyum.

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan Bunga dan menyifatkan wanita itu berhak mencari kebahagiaannya yang tersendiri setelah kehilangan suami.

BCL TIKO

Sekadar info, Bunga mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ashraf Sinclair pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

Ashraf kemudian dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahu 18 Februari 2020.

Bunga Citra Lestari kemudian menamatkan zaman solo apabila dia memilih ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana sebagai teman hidupnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bcl kahwin
1 year ago

(VIDEO) Anggun Berkebaya Jawa, Bunga Citra Lestari Sah Bergelar Isteri Tiko Aryawandhana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...