Netizen Nasihat Tak Perlu Berahsia Lagi, Teruja Syed Saddiq Panggil Bella Astillah ‘Sayang’ – “Dah Biasa Panggil Tu!”

Hiburan

Netizen Nasihat Tak Perlu Berahsia Lagi, Teruja Syed Saddiq Panggil Bella Astillah ‘Sayang’ – “Dah Biasa Panggil Tu!”

Kalau sebut saja nama pelakon serta penyanyi, Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, pasti sudah ramai yang mengenali dirinya.

Bukan saja mengenali dirinya sebagai seorang selebriti, bahkan sebagai seorang wanita yang sentiasa berada di samping Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq dan kisah mereka sering menjadi perhatian ramai.

Advertisement

Syed Saddiq panggil Bella dengan gelaran ‘sayang’

Terbaru, melalui platform TikTok, tular video memaparkan Syed Saddiq dengan selamba memanggil pelakon berkenaan dengan gelaran ‘sayang’.

Difahamkan situasi tersebut berlaku sewaktu Syed Saddiq dan Bella berada di salah sebuah booth yang ada di Pesta Buka Antarabangsa Kuala Lumpur 2025, yang mula berlangsung pada 23 Mei lalu.

Netizen teruja, tak perlu rahsiakan hubungan lagi

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sememangnya berasa teruja dan mengatakan hubungan percintaan mereka tidak perlu dirahsiakan lagi kerana pengesahan status hubungan kedua-dua individu sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

komen

Susulan video tersebut raih perhatian warganet, ia telah peroleh lebih 9000 tanda suka dan meraih jumlah tontonan sebanyak 235,000.

peminat nak movie BASS
1 week ago

Peminat Nak Filem Kisah #BASS Ditayangkan, Eizlan Yusof Tunggu 'Green Light' Dari Syed Saddiq & Bella Astillah - "Produser Pun Dah Bersedia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...