Juruhebah radio dan pelakon, Sharifah Shahirah baru-baru ini ada berkongsikan sebuah video menerusi laman Instagram miliknya yang memaparkan dia sedang berjalan menuju ke kereta ketika berada di halaman rumahnya.
Sharifah Shahirah yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera itu khabarnya mahu membeli belacan dengan menaiki kereta mewah namun yang menarik perhatian netizen adalah apabila perut personaliti itu seperti mempunyai ‘baby bump’.
Sehubungan dengan itu, ada pula peminat yang membuat spekulasi yang mengatakan isteri kepada pelakon Ijoy Azhari kini sedang hamil anak ke-6.
Namun, Shiera yang gemar berjenaka di media sosialnya itu tampil menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa perutnya kelihatan besar bukanlah disebabkan hamil namun hanya buncit semata-mata.
View this post on Instagram
“Korang ni tak pernah tengok perut buncit ke..tahu la korang gemuk tapi kempis. I cacing ok..eh i buncit semua panas. Jangan benci I sebab buncit. Jangan nak bandingkan I dengan anda semua yang kempis. Orang kata buncit itu bahagia…”
Meskipun hanya berseloroh memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh peminat, Shiera dalam pada itu turut meminta mereka di luar sana agar tidak membanding-bandingkan bentuk tubuh badan wanita.
View this post on Instagram
Sekadar info, Shiera telah mendirikan rumah tangga dengan Ijoy pada tahun 2003 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Audrra, Airekk, Airra dan Adeena. Shiera juga sebelum itu pernah berkahwin dengan penyanyi dan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt dan mempunyai seorang anak iaitu Allisya Tahir.