Tidak hanya mendiamkan diri, penyanyi senior bernama Datuk Wan Aishah Wan Ariffin ini tidak lekang dari menyuarakan pendapatnya hingga dikira sering ‘meroyan’ di media sosial oleh warganet.
Tambahnya, dia sedar bahawa ramai orang menganggap dia terlalu lantang bersuara dan dilabel sombong atau ‘perengus’ namun Aishah tidak mahu mengambil tahu tentang hal-hal seperti itu ujarnya.
Saya tak boleh beri muka. Suka atau tak saya akan tetap luahkan sesuatu.
Kalau netizen nak serang semula, saya tak heran.
View this post on Instagram
Penyanyi yang berumur 38 tahun ini merasakan jika dirinya betul, tidak perlu takut untuk pertahankannya. Menurutnya, dia tidak terkesan dengan apa yang dilontarkan oleh netizen kerana baginya mereka sudah dianggap sebagai anak-anak.
Apa pun yang dikatakan di ruangan komen, Aishah berkeras jika seorang itu merupakan haters, buat lah apapun, tetap haters dimatanya. Oleh itu, penyanyi ini hanya berharap dia akan dapat menghiburi peminat yang ada walaupun tidak ramai.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.