Sebelum ini, bapa kepada bayi comel, Gibran yang sangat dikenali oleh warga di TikTok iaitu Abang Chaq atau Abi memaklumkan dirinya sudah berkahwin baru selepas bercerai dengan ibu Gibran pada tahun lalu.
Susulan pendedahan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan pengakaun Abang Chaq.
Abang Chaq tak diam diri netizen nak boikot bisnes sebab isteri baru
Terbaru, melalui klip video memaparkan live personaliti media sosial itu, dia memaklumkan selepas isteri barunya memuat naik video di platform TikTok, ramai yang meluahkan mahu memboikot bisnes restoran Abang Chaq iaitu Tong Kayu Cafe.
Tidak mendiamkan diri, Abang Chaq berkata ramai yang menggunakan emosi untuk mencampur adukkan urusan yang sama sekali tiada kaitan.
Dua urusan yang berbeza, ramai yang sekarang ni guna emosi untuk rosakkan urusan yang tiada kena mengena.
“Hampa takkan kenal Gibran tanpa melalui Abi..”
Susulan itu, lelaki berkenaan berkata jika netizen mahu memboikot bisnesnya, banyak pihak yang akan terkesan termasuk nafkah anak-anak iaitu Wael dan Gibran.
Disebabkan tindakan melampau tu, membuatkan orang yang hampa sayang terganggu. Terutamanya hampa sayang anak-anak Abi, Gibran dan Wael. Hampa kena ingat, Abi orang yang pertama yang viral dan famous kan Gibran. Hampa takkan kenal Gibran tanpa melalui Abi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tak puas hati dan merasakan Abi Gibran itu hanya merasakan diri yang betul tanpa mahu mendengar pendapat orang lain.