Baru-baru ini viral di Twitter luahan seorang Netizen yang merasakan perkhidmatan Poslaju semakin teruk. Menurutnya, kiriman Poslaju mengambil masa lima hingga 10 hari untuk sampai kepada penerima berbanding tagline “Dijamin Sampai Esok”.
selepas UMNO tumbang, musuh no 1 rakyat adalah POSLAJU!
rakyat banyak bisnez online, tapi poslaju bongkak, sombang beri date line awal utk hantar barang! servis pula makin lama makin teruk. 5-10 hari brg baru sampai! saya cadangkan CEO POSLAJU sila letak jawatan petang ini juga!Advertisement— Jimbo (@Jimbotiram) June 7, 2018
Bagaimanapun, ramai menyedari masalah sebenar bukan berpunca dari staf yang menyelenggara dan menghantar bungkusan, sebaliknya ia kerana staf tidak cukup sedangkan terlalu banyak bungkusan perlu dihantar sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri.
Sehubungan itu ada yang menuntut Ketua Pegawai Eksekutif Poslaju untuk meletakkan jawatan.
Sementara itu, seorang gadis menceritakan bahawa teman lelakinya seorang posmen terpaksa balik lambat setiap hari kerana bungkusan terlalu banyak.
Aku tak tau nk ckp ape.. Tp pkwe aku keje pos laju.. Masuk kul 7 pagi balik pkul 1 or 2 pagi sbb barang telampau byk.. Kdg lgsg tak balik sebab nak sorting barang amik pickup brg korang yg byk nak mmpos tu.. Pegi mampos lah kalau keje tau nk kondem org je..
— husna ? (@cunarany) June 7, 2018
Bagaimanapun seorang pemuda mengatakan mereka membidas sistem Poslaju, dan bukan teman lelakinya.
Dia condemn poslaju bukan pakwe kau aduii
poslaju patut amik ramai pekerja or buat sistem yg lebih sistematik
— iskandar (@Zvlqarnain) June 7, 2018
Ada yang mendakwa, tidak ramai mahu menjadi posmen kerana gajinya rendah sedangkan kerja agak teruk.
kena naik kan gaji ,insyAllah .servis mungkin bertambah baik .sbb kesian gaji dorg rendah ,tp kerja teruk jugak .
— hafiziharlad (@hafiziharlad) June 7, 2018
“Yang janji barangan sampai awal orang atasan, tapi orang bawah yang hantar.”
betul ade commision ,mungkin ad pengurusan tak jaga kebajikan pekerja ,antra punca pkerja lari .kerja jd banyak tp staff xcukup .yg menjanji barang pos smpai awal semua org atasan .pastu bawahan di kerah je .
— hafiziharlad (@hafiziharlad) June 7, 2018
Posmen belum berbuka sebab hantar bungkusan.
Org atasan ni mana nak faham org bawahan. Tau nak set strategi naikkan keuntungan je. Pekerja tak nak tambah, barang banyak, bila lambat yg kena maki staff. Setuju sgt CEO yg baru 2 bulan ni letak jawatan. Dia tak rasa mcm mana jadi posmen. Waktu berbuka pun posmen duk sibuk
— Adhwa Xtreme.Shot (@AdhwaHakimZ) June 7, 2018
hantar brg sampai customer tanya "eh tak buka lagi ke?", jawapan dia "tak, nak kena habiskan brg dulu" lepastu baru berbuka. Sian posmen
— Adhwa Xtreme.Shot (@AdhwaHakimZ) June 7, 2018
Boleh dikatakan, masalah penghantaran bungkusan Poslaju semakin kritikal dan suara posmen mengenai masalah gaji yang rendah itu sepatutnya diberi perhatian. Memang orang tidak lagi menghantar surat untuk bertanya khabar dengan kewujudan teknologi zaman kini tetapi keperluan menghantar dan menerima barangan dengan cepat masih wujud kerana pembelian barangan dalam talian.
Gaji yang rendah sememangnya tidak cukup apatah lagi buat mereka yang tinggal di ibu kota. Diharap Pos Malaysia dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. – amazingnara.com