Penyanyi veteran Zaiton Sameon turut terkesan apabila tiada undangan nyanyian sejak dua tahun berdepan ujian pandemik COVID-19.
Zaiton atau nama lengkapnya Zaiton binti Haji Sameon enggan berpeluk tubuh dan meminta-minta dengan meneruskan perniagaan ‘Rendang Nasib’ bagi menampung kehidupannya.
Pelantun lagu Menaruh Harapan itu berkata duit simpanan bukannya semakin ada. Duit menggunung pun jika ditarah setiap hari tentu akan menyusut.
Pada usia emas, saya tidak kisah bekerja siang malam demi mencari rezeki halal. Hidup tidak perlulah meminta-minta selagi masih ada kudrat, jadi saya akan terus berikhtiar meneruskan kelangsungan hidup.
Zaiton, 64, bersyukur permintaan rendang meningkat disebabkan ramai sudah keluar meneruskan rutin kerja, biarpun perlu patuh dengan prosedur operasi standard (SOP).
Menurut Zaiton, ada netizen yang mengata dia berniaga rendang kerana sudah tidak laku sejak awal mengusahakan perniagaan rendang. Baginya, inilah lumrah, hidup ada pasang surut, jadi dia tidak kisah apabila disindir.
Ketika netizen mengata, Allah tetap memberikan rezeki. Saya akui, tidak menerima undangan nyanyian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Walaupun acara dan majlis membabitkan nyanyian tidak dibenarkan, jadi secara tidak langsung tiada tawaran nyanyian. Namun, katanya Allah bantu dengan perniagaan Rendang Nasib.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.