Netizen Malaysia Sekolahkan Warga UK Yang Berlagak Selepas Persoalkan Kualiti ‘Gloves’ Buatan Malaysia

Trending

Netizen Malaysia Sekolahkan Warga UK Yang Berlagak Selepas Persoalkan Kualiti ‘Gloves’ Buatan Malaysia

Baru-baru ini, Dominic Raab iaitu Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri United Kingdom telah berkongsikan satu ciapan di Twitter miliknya. Di dalam perkongsian itu, beliau mengucapkan salam terima kasih di atas pemberian sarung tangan getah yang disalurkan kepada petugas barisan hadapan di United Kingdom.

Untuk makluman, Malaysia antara negara pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia selain Indonesia, Thailand, Vietnam dan India. Malah, hampir kebanyakan negara menggunakan sarung tangan getah buatan Malaysia untuk petugas barisan hadapan.

Advertisement

“200 tan sarung tangan untuk NHS tiba di United Kingdom dari Kuala Lumpur, untuk pekerja kesihatan barisan hadapan kami.”

Namun, ciapan itu telah mendapat komen daripada warga UK yang mempersoalkan tindakan membeli sarung tangan getah buatan dari Malaysia. Warga UK itu membalas ciapan itu dan mempertikaikan adakah sarung tangan getah itu memenuhi standard yang sepatutnya.

“Adakah ia akan memenuhi standard kualiti UK? Bolehkah anda menunjukkan di mana Malaysia di dalam peta?”

Komen sinis daripada warga UK itu kemudian mendatangkan kemarahan netizen Malaysia selepas itu. Pengguna Twitter Fifa Rahman memberikan tarbiah percuma kepada warga UK tersebut dan menjelaskan perbezaan Malaysia dan United Kingdom yang jauh berbeza.

  • Malaysia berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada UK dalam kecekapan penjagaan kesihatan.
  • UK adalah negara kedua tertinggi dalam rekod kes kematian pesakit COVID-19.

Tidak cukup dengan itu, beberapa netizen yang lain turut menjelaskan hujah mengenai sistem kesihatan Malaysia yang jauh lebih baik daripada United Kingdom. Bukan itu sahaja, Malaysia juga merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia menerusi syarikat Top Glove Malaysia.




United Kingdom buat masa ini menerima 200,000 pesakit yang dilaporkan positif COVID-19 dan telah mencatatkan lebih 30,000 kematian. Sementara itu, Malaysia kini merekodkan 6,000 pesakit COVID-19 dan telah berjaya menyembuhkan lebih 4,000.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...