Kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman yang memakai telekung semasa menunaikan umrah beberapa hari lepas masih lagi rancak diperkatakan. Ramai yang terkejut dan marah apabila dia tampil sebegitu di Tanah Suci dan seakan mempersendakan agama.
Agak kecewa juga dengan tindakan “berani mati” Sajat itu yang tidak menghormati tempat ibadah paling suci buat umat Islam. Pada masa yang sama, dia sudah mengganggu fokus jemaah lain untuk beribadah gara-gara kontroversi tersebut yang sudah tersebar luas sehingga ke pengetahuan pihak berkuasa Arab Saudi.
Baru-baru ini, rata-rata netizen mula membandingkan Sajat dengan seorang lagi usahawan kosmetik lelaki berpenampilan wanita iaitu Safiey Illias yang kini sudah kembali menyerupai seorang wanita.
Tidak dinafikan Safiey selalu “menukar” jantinanya tetapi dia tetap menunjukkan contoh yang baik. Ketika berangkat ke Tanah Suci, Safiey kembali ke fitrah asalnya, mengenakan ihram dengan berpenampilan seperti lelaki sejati semasa menunaikan umrah.
Tetap pakai ihram seperti lelaki
Terdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.
Apa yang dilakukan oleh Sajat itu memang salah dan isu tersebut harus dipandang serius. Bak kata pepatah, niat tidak menghalalkan cara.