Kemarahan netizen terhadap tindakan ahli perniagaan terkenal Datin Vivy Yusof gara-gara menyuarakan pendapat dan mengulas isu bantuan yang diterima golongan berpendapatan rendah, B40 masih belum reda. Malah, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila satu petisyen diwujudkan menuntut Vivy meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Dalam pada masa yang sama, beberapa perkongsian netizen mencuri tumpuan ramai apabila mengutarakan cadangan agar pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM bagi menggantikan tempat Vivy.
Rizalman patut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM
Rizalman menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana dia seorang usahawan serta pereka fasyen yang tersohor, malah dia juga merupakan graduan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM yang lebih layak memegang jawatan tersebut.
Alumni berjaya dan memang layak
Rata-rata netizen bersetuju serta menyokong cadangan tersebut dan mengharapkan agar pihak pentadbiran UiTM mempertimbangkan cadangan mereka.
Terdahulu, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti berkenaan pada Mei tahun lalu.

Hahahaahs
April 4, 2020 at 2:03 pm
Kan.. nampak sgt budak2 uitm bekobar becite2 nak jadi board semua kahkah.. segalanya berbalik kepada kelayakan dan contribution dia boleh bg kpd uitm. Bukan contribution kpd luar negara ke kepada bidang fesyen ke.. adoiii
Papo jela
April 3, 2020 at 10:26 am
Nak jadi board of director kpd sesuatu institusi tu perlu ke jadi alumnì? Aku pasti dlm perlembagaan uitm xde pon menyatakan hanya ex student je boleh jadi BOD. Tgk lah semua BOD uitm semua alumni ke? Ape justifikasi kene jadi ex student. Ape function BOD ni kite paham ke tidak? Yg pelik2 je netizen ni
Anonymous
April 2, 2020 at 10:54 pm
Setuju sgt…mmg amat bkelayakan..n humble org ya…
Hafizah
April 2, 2020 at 10:31 pm
I think all universiti patut lantik pengarah dri ex student yg dah berjya.
Anonymous
April 2, 2020 at 9:48 pm
Korang ni pun tak payah la nak acah2 semangat uitm sangat. Chairman BOD korang pun bukannya uitm alumni pun. A few other BOD members pun bukan uitm jugak.