Netizen Mahu Budaya Belajar Di McDonald’s Dan Restoran Makanan Segera Yang Lain Dihentikan

Trending

Netizen Mahu Budaya Belajar Di McDonald’s Dan Restoran Makanan Segera Yang Lain Dihentikan

Sudah menjadi satu trend pula sekarang ini apabila ramai yang memilih untuk belajar di McDonald’s secara berkumpulan bersama rakan-rakan. Bukan McDonald’s sahaja, malah beberapa restoran makanan segera yang lain juga terkena tempiasnya apabila sering menjadi lokasi pilihan pelajar untuk membuat ulang kaji.

Hal ini menjadi isu apabila restoran makanan segera penuh dengan mereka yang mengulangkaji pelajaran sehinggakan tiada meja kosong untuk pengunjung lain menjamu selera. Macam yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Anas, sekumpulan pelajar yang sedang mengulang kaji pelajaran di McDonald’s itu menegur dua kanak-kanak yang membuat bising di sana. Tapi soalannya wajar ataupun tidak tindakan itu memandangkan McDonald’s bukannya perpustakaan?

Sehinggakan, ibu kepada kanak-kanak itu terpaksa meminta maaf di dalam situasi itu kerana bimbang anaknya telah menganggu sesi ulang kaji mereka. Seorang lagi pelanggan bertindak menegur pelajar-pelajar itu yang tak sepatutnya menggunakan ruang makan di McDonald’s sebagai lokasi belajar mereka.

Bukan kali pertama

Sebelum ini, Starbucks juga pernah menerima nasib yang sama apabila outlet mereka di Seksyen 9 dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang membuat study group di sana. Sehinggakan, outlet itu penuh sesak dengan pelajar-pelajar dan tiada ruang kosong untuk pelanggan lain. Beberapa pelanggan turut membuat aduan yang sama pada Starbucks dan meminta mereka menambah membuka outlet yang baru disebabkan masalah itu.

Sepatutnya, keutamaan diberikan kepada pelanggan yang ingin menjamu selera dan bukannya kepada mereka yang ingin mengulang kaji pelajaran. Ramai netizen berpendapat ini juga bukanlah lokasi yang sesuai untuk belajar bersama rakan-rakan dan perpustakaan lebih sesuai.

Sekarang ini sudah banyak perpustakaan dan kedai buku yang disediakan dan dibuka sehingga lewat malam contohnya BookXcess di Cyberjaya. Di Selangor sahaja, sebanyak tujuh perpustakaan awam disediakan antaranya ialah Perpustakaan Raja Tun Uda, Perpustakaan Daerah Klang Jalan Tengku Kelana, Perpustakaan Daerah Hulu Langat dan banyak lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...