Baru-baru ini, segelintir netizen berkata mahu memboikot barisan selebriti yang menjadi pembawa dulang Amira Othman ketika majlis pernikahannya bersama Fattah Amin.
Salah seorang daripada mereka, pengacara dan penyampai radio, Hawa Rizwana akui terkejut dengan perkara itu dan berkata dia hadir semata-mata untuk meraikan hari bahagia sahabatnya.
Bagi saya terserah, masing-masing ada minatnya. Kita tak boleh nak bagi semua orang suka pada kita. Kita ada kekurangan dan kekuatan kita.
View this post on Instagram
Bagi saya terserah tapi kita ada di situ sebab nak raikan hari bahagia kawan kita. Tak ada niat yang tidak elok pun. Hanya untuk berada di situ bersyukur dengan kawan kita, jadi tak seronok sebenarnya bila dengan hal macam ni.
Pengacara berusia 30 tahun itu juga menegaskan bahawa prinsip hidupnya adalah sentiasa memilih kebaikan meskipun berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan.
Prinsip saya, kalau orang buat baik kita buat baik. Kalau jahat pun kita tetap buat baik dengan orang. Kalau kita rasa tak suka, kita simpan daripada kita nak mengajak orang lain ke arah kebencian itu lagi tak bagus.
Selain Hawa, rakan artis Anzalna, Ernie Zakri dan Nabila Razali yang menjadi pembawa dulang turut terkena tempias yang sama.