Semua pasti ingat dengan seorang kanak-kanak yang menjadi buah mulut netizen kerana mempunyai rupa yang iras dengan Neelofa. Sampaikan adik Che Naura Auni turut dijemput ke rancangan Meletop bagi berjumpa sendiri dengan selebriti popular itu.
Sejak daripada itu, ramai yang mula memberikan perhatian kepada kehidupan Naura dan jumlah pengikutnya di Instagram turut meningkat pada saban hari. Pun begitu, semakin lama dilihat, semakin ramai netizen yang tidak selesa melihat kehidupan adik cilik itu.
Bukan sahaja gaya percakapan dan memek muka yang menjadi ikutan Naura, malahan dia sering digayakan dengan pakaian yang terlampau dewasa bagi usianya. Malahan wajahnya juga tidak lekang dengan solekan tebal meskipun ianya tidak digalakkan untuk kanak-kanak kerana kandungan kimia yang banyak.
Rata-rata netizen mengkritik kedua ibu bapa Naura yang sepertinya ‘memasarkan’ anak mereka sendiri bagi mendapatkan perhatian ramai. Kanak-kanak itu juga dibanjiri dengan kata-kata kasihan daripada orang ramai kerana tidak dapat menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain.
“Dia patut guna identiti sendiri, dan bukan Neelofa.”
“Dia nampak tak selesa.”
“Rosak kulit buat macam itu.”
Ada yang menasihati supaya Naura dibiarkan hidup bebas dan melakukan perkara yang mahu dilakukan, bukannya terpaksa mengikut kemahuan orang dewasa.

Anonymous
May 13, 2020 at 9:42 am
Mak dia try hard nak bagi nampak mcm neelofa.. but seriously tak bagus utk bdk kecik tu.. lagipun aku rasa mcm dah x nampak iras neelofa sgt dah..
Capri
May 13, 2020 at 5:37 am
Puhlease la.. so annoying to see kids treated like this by the parents
Papito
May 12, 2020 at 10:36 pm
Budak yg jadi duta product intre3 tu at least mmg start viral sbb keletah dia yg comel. Ada personality sendiri. Si Naura ni harap muka sama nilofa je. Kesian dia, mak pak kemaruk apa taktau. Dari kecik tak di ajar originality dan cari kekuatan sendiri. Harap berubah dan tak copycats sampai tua.
haha
May 12, 2020 at 9:09 pm
mak bapak bodoh,kemarok viral dengan attention,agaknya nak jadi kaya dengan ekploitasi anak la ni