Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Hiburan

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Umum sedia maklum bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan akan dilanjutkan sehingga 14 April depan. Susulan itu, Perdana Menteri juga meminta majikan membayar gaji penuh kepada pekerja sepanjang tempoh kuarantin dan telah hadir dengan satu inisiatif iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu rakyat Malaysia di setiap peringkat.

vivy yusof petisyen

Advertisement

Namun, sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai kenyataan seorang usahawan kosmetik yang mengeluh bahawa pekerja diberikan keutamaan, katanya golongan miskin sahaja akan “kaya” selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas PKP.

Apa yang lebih menjadi perhatian ramai ialah komen ikon fesyen, Vivy Yusof yang bersetuju dengan kenyataan wanita itu.

petisyen vivy yusof letak jawatan

Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka berdua yang seakan memperkecilkan golongan B40.

Vivy tampil mohon maaf

vivy yusof petisyen petisyen vivy yusof letak jawatan ahli lembaga pengarah uitm

Melihatkan situasi yang terjadi dan selepas teruk dikecam, Vivy telah tampil memohon maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya. Vivy menjelaskan, dia tidak pernah berniat memperkecilkan golongan B40 seperti yang didakwa tetapi hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.

Petisyen mahu Vivy letak jawatan

petisyen vivy yusof letak jawatan ahli lembaga pengarah uitm

Meskipun sudah meminta maaf, namun isu itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mewujudkan satu petisyen menuntut agar usahawan selebriti itu untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Menerusi petisyen tersebut, Vivy dikatakan tidak menjaga nama baik dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.

Hampir 40 ribu pengguna tandatangan petisyen 

petisyen vivy yusof letak jawatan ahli lembaga pengarah uitm

Difahamkan petisyen tersebut sudah ditutup, dimana mereka telah berjaya mengumpul 39,869 tandatangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...