Netizen Lancar Petisyen Boikot Sajat

Hiburan

Netizen Lancar Petisyen Boikot Sajat

Nampaknya kemarahan orang ramai masih membuak-buak atas tindakan melampau Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang telah mencemarkan Tanah Suci dengan beribadah seperti wanita ketika menunaikan Umrah, lengkap dengan jubah serta telekung.

mujahid kes sajat isu kecil

Advertisement

Meskipun apa yang dilakukannya itu telah memberi imej buruk kepada agama dan negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kes berkenaan hanyalah satu isu kecil dan pihaknya enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Sajat.

Terbaru, di media sosial hangat diperkatakan mengenai petisyen yang diwujudkan di ruangan change.org. bagi memboikot Sajat. Setakat ini, lebih 11 ribu orang sudah menandatangani petsiyen tersebut.

petisyen boikot sajat

Terdahulu, selepas dikecam teruk Sajat tampil memohon maaf secara terbuka dan berkata dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain mahu dekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah.

Pada masa yang sama, usahawan kosmetik itu juga berkata dia sedia untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi.

petisyen boikot sajat

Menurut Sajat, bukannya dia tidak mahu menjalani pemeriksaan perubatan di hospital, tetapi pihak JAKIM tidak memberinya panduan yang betul untuk menentukan jantina yang sebenar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...