Slot Akasia di TV3 nampaknya dipenuhi dengan drama adaptasi novel. Selepas drama Cinta Si Wedding Planner tamat, kini drama Tundukkan Playboy itu mula bersiaran dan mempertaruhkan pelakon baharu Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose.
Hampir seminggu bersiaran, beberapa penonton agak tidak puas hati dan kecewa dengan lakonan Uqasha yang tidak begitu baik dan dianggap kayu meskipun sudah mempunyai pengalaman berlakon.
Malah, watak beliau sebagai Nurin Arissa tidak begitu hidup dan lemah.
Berikut antara komen penonton drama tersebut :-
Sejujurnya kami pun belum sempat untuk menonton drama Tundukkan Playboy Itu. Kami harap Uqasha dapat menerima kritikan ini dengan baik dan cuba untuk memperbaiki mutu lakonannya selepas ini.
Apa pula pendapat pembaca yang sudah menonton drama berkenaan..Boleh share sikit?