Tindakan Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang melarikan diri dari pihak wartawan ketika ingin ditemubual berkaitan pernikahan mereka mengundang kritikan sesetengah netizen. Video mereka melarikan diri itu menjadi trending di media sosial dan tular sejak beberapa hari lepas.
Ada yang mengatakan, apa salahnya untuk Jep dan Sari memberikan sedikit kenyataan berkaitan perkahwinan mereka kerana ia adalah benda baik yang seharusnya dikongsi kepada umum apatah lagi mereka adalah “public figure†yang mempunyai jumlah peminat yang agak ramai.
Beberapa netizen berpendapat, Jep sepatutnya hormat juga dengan wartawan yang selama ini turut membantu menaikkan nama Jep didalam industri hiburan tempatan.
Berikut antara komen netizen :
Tidak mengapalah, mungkin Jep dan Sari masih lagi malu-malu untuk menjawab segala soalan wartawan. Biarlah mereka berbulan madu dan merasa nikmat pengantin baru dahulu. Ye dak?