Seorang Netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana Suhaimi Saad telah melancarkan sebuah tabung bagi mengutip derma untuk Konsert Reuniteam tanpa pengetahuan ahli Inteam yang lain.
Konsert tersebut berlangsung malam tadi di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan. Ia menggabungkan empat ahli kumpulan In-Team iaitu Syam, Amin, Syah dan Rahim bersama Suhaimi yang merupakan bekas anggota Inteam di mana mereka mempersembahkan 15 buah lagu.
Bagaimanapun, Suhaimi telah melancarkan kutipan derma untuk kos penganjuran konsert tersebut.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Menjawab persoalan Netizen, Inteam kemudiannya menerangkan bahawa pelancaran tabung itu tanpa persetujuan dan pengetahuan ahli Inteam sejak awal..
Tiket konsert Reuniteam telah dijual pada harga RM100 (Gold), RM50 (Silver) dan RM20 (Bronze). Ia bertujuan untuk mengembalikan era kegemilangan muzik nasyid kepada khalayak, tetapi ia juga salah satu medium dakwah kepada masyarakat.
Dewan yang digunakan sebagai lokasi konsert tersebut mampu memuatkan 900 orang penonton. – beautifulnara.com