Selepas kecoh dengan isu ‘overclaim’ atau dakwaan keterlaluan berhubung khasiat susu pisang Nilofa, kini produk teh boba berasaskan madu keluaran Shuib Sepahtu pula menjadi perhatian netizen.
Tidak dinafikan produk tersebut yang dikenali sebagai Bubble Bee sangat laris, tetapi rata-rata netizen tidak berpuas hati apabila Shuib mengatakan minuman boba miliknya itu sebagai ‘Minuman Boba Sihat Pertama Di Malaysia’ kerana menggunakan madu sebagai pengganti kepada gula.
Manis pekat tapi sihat
“Orang kalau nak sihat tak minum boba”
Rata-rata netizen mempersoalkan kenyataan Shuib itu. Bagaimana pula minuman manis boleh dikatakan sebagai sihat dan sesuai untuk orang yang sedang diet? Netizen melabelkan produk tersebut juga sebagai sesuatu yang ‘overclaim’. Mengiklankan produk dengan maklumat yang salah demi mengaut keuntungan.
“Semua benda nak ‘overclaim'”
Tidak salah sebenarnya untuk mempromosikan sesuatu produk, asalkan ia tidak memberikan gambaran palsu kepada pengguna. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja respon daripada Shuib.