Written by serenity | February 4th, 2018

Dalam satu muat naik di Instagram, pelakon Ruhainies telah memuat naik satu video menunjukkan dia bermanja dengan seekor lutong yang masih bayi dalam sebuah kereta.

Video yang dikongsi Ruhainies bagaimanapun mendapat kritikan orang ramai kerana mempromosikan haiwan terancam sebagai binatang peliharaan.

Seorang pengguna Twitter, Ili Zuhaili menulis:

Bila orang ramai nak sedar yang haiwan liar duduknya dalam hutan dan tidak sepatutnya dijadikan binatang peliharaan tak kira anda rasa secomel mana pun binatang itu. Mengongsi video seperti ini hanya menambahkan masalah kepada spesis hakwan yang dah memang terancam seperti Lutong (dusky leaf monkey).

Ili Zuhaili menambah:

This while it looks like she’s being gentle and whatnot, I can assure you that the poor creature is actually distressed.

People with money should spend it on conservation efforts instead of purchasing these “exotic pets” if indeed they care or like these particular wildlife at all.

Got money? Fund conservation efforts and see these animals prosper in the wild, where they belong.

Wildlife aren’t accessories or your ticket to quick internet fame. Get over yourselves.

(Di sini, walaupun dia (Ruhainies) nampak lembut, saya boleh sahkan yang lutong itu sebenarnya terganggu.

Orang berduit patut membelanjakan duit pada usaha pemuliharaan haiwan terancam bukannya membeli ‘binatang peliharaan eksotik kalau mereka benar-benar peduli atau sukakan haiwan liar seperti ini.

Ada duit? Bantu sumbang dana pada usaha pemuliharaan dan biarkan haiwan seperti ini hidup gembira di hutan, tempat mereka sepatutnya berada.

Haiwan liar bukan aksesori atau tiket segera untuk dikenali di Internet. Bawa sedar diri.)

Tinjauan penulis di Instagram Ruhainies mendapat Netizen juga memberi komen bahawa dia tidak sepatutnya memuat naik video yang menunjukkan lutong sebagai binatang peliharaan.

Bagaimanapun, kapsyen Ruhainies pada video itu menggunakan hastag #wishyouweremine menandakan ia bukan miliknya. Diharap Ruhainies lebih berhati-hati mengenai perkara ini di masa akan datang. – beautifulnara.com

13 responses to Netizen Kritik Ruhainies Kongsi Video Gomol Haiwan Spesis Hampir Terancam

  1. Anonymous says:

    Semua pun nak KECAM

    2

    7
  2. Anonymous says:

    Mestilah bagi tengok blh dpt benda2 mahal menunjukkan org kaya…. ranjer pun diam saja tidak peduli….. ini menunjukkan org pengaruh kuat duit banyak

    1

    1
  3. WickEd says:

    Sudahla si memek ni fikir dia cium cam gitu apa jantan steam ke pe…apa saja la takde benda lain ke abg Nara nak share…si kakusss ni jugak…annoying seh

    4

    0
  4. Typical says:

    Orang melayu klu part kutuk, dengki, bash mmg top. Lantak dia la, bukannya dia p makan binatang tu

    0

    9
  5. Anonymous says:

    camtu pun nk kecam…

    1

    6
  6. Lalala says:

    Hello balqis pelakon knk2 ti dh ad bnde ni lma dah yg tu xheran plak

    0

    1
  7. andi says:

    aku tak slalu komen kat sini tapi isu ni aku terpanggil nak bersyarah.
    aku tak tau la ruhanies ni mmg bela binatang ni tapi

    kepada org yg kata benda mcm ni pun nak kecam –
    ni lah sebab orang kita sentiasa di belakang. negara negara maju kat luar sana try very hard utk mempelihara surrounding diorang sebab kehidupan kita, anak anak kita, cucu cicit kita rely so much on a healthy ecosystem. mana mana species yg dah endangered kita kena pelihara sbb this is an indication yg our environment is falling apart. we have to take this seriously. binatang binatang dan kehidupan dalam dunia ni Allah cipta bersebab. untuk ecosystem services yg bila kita add up semua skali, membantu kehidupan kita.

    help protect our environment, recycle dan perluaskanlah pengetahuan tentang bende yg berfaedah macam ni. untuk kita dan keturunan kita.

    12

    0
  8. animalsftw says:

    bongok la korang2 ni, benda ni real ok
    berjuta2 binatang terseksa sbb ramai betul manusia bodoh
    kucing and anjing yg bersepah xnak adopt
    tp nak adopt binatang exotic. smpai binatang2 tu kena curi dr mak masing2 masa baby, bila dh xcute xcomel dibiar nya, lepastu kurung dlm sangkar kecik, lepastu cabut taring, cabut kuku sbb xnak kena gigit..

    kalaulah boleh
    aku akan trade nyawa manusia2 ngok ni, dgn nyawa2 binatang yg x bersalah.

    9

    0
  9. Anonymous says:

    Berhati2 dgn haiwan esotik nie,,ntt kalau dapat anak badi nya dapat kat yg dok ulit dia.Pernah lihat kejadian begini.
    Bagi kita ulit sayang,tp binatang kita tak tau perasaannya.mungkin tersiksa.

    0

    0
  10. Jainab says:

    Org malaysia mmg suka kutok2, kaki gosip, mncemuh, hina org lain kn? Blog gossip mcmni byk pulak yg kunjung, rajin pulak nak nasihat. Masjid pulak kosong. Sebok nak nasihat artis tapi keluarga sendiri terabai. Patut ler byk bala.

    0

    1
    • mat sempoi says:

      ko sendiri dok membebel kat sini watpe. kata dulang paku serpih.
      kengkadang aku rasa lebih baek bg nasihat kat sini sbb ramai org visit bn ni scroll trus ke komen mcm aku lulz. bg nasihat kat masjid mcm ko kata masjid kosong xde plak org nk dngor kn? heh. ps: keluarga aku terjaga dn x terabai. babai

      2

      0

Leave a Comment

Optional