Netizen Kritik Janna Nick Dan Ajak Shiro Tidak Sesuai Mengacara Melodi

Hiburan

Netizen Kritik Janna Nick Dan Ajak Shiro Tidak Sesuai Mengacara Melodi

Kemunculan pertama Janna Nick dan Ajak Shiro sebagai pengacara baru Melodi TV3 semalam mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mengkritik mereka berdua “kayu” walaupun program itu baru sahaja beberapa minit bersiaran.

Advertisement

Janna yang sedar dirinya dan Ajak menjadi bualan hangat di Twitter meminta agar orang ramai memberikan mereka peluang memandangkan mereka masih lagi baru mengacarakan program tersebut.

Dah tular di Twitter mengatakan kami kayu. Jangan macam itu, kami masih baru. Baru satu episod, tunggulah sampai habis. Apa pun, terima kasih kepada yang memberi komen dan kami akan ambil untuk buat yang lagi baik selepas ini.

Ini adalah penampilan pertama saya sebagai pengacara. Tidak dinafikan memang wujud perbandingan dan teguran. Saya okey dan tak kisah. Sebaliknya saya menjadikan ia sebagai satu bentuk pembelajaran untuk memperbaiki diri. Cuma, saya berharap setiap teguran biarlah yang membina.

Relaks dulu, biasalah kali pertama kalau kita lakukan benda baharu tidak semua akan jadi sempurna bukan? Berilah Janna dan Ajak peluang untuk membuktikan mereka mampu untuk menjadi pengacara yang baik untuk program tersebut dan janganlah terus mengecam mereka. Kita tengok pula prestasi mereka minggu hadapan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

36 Comments

  1. Anonymous

    January 9, 2018 at 12:38 pm

    Janna Nick bosan terpekik terlolong. Ajak, trying so hard nk jadi macam nabil mengacara meletop ke?

    Ape-ape pun, Melodi ni takyah ada la kot sbb orang sume dah tahu berita hari2 baca web gossip & HLive kat ASTRO, we dun need u anymore. Berita dah basi baru masuk TV.

  2. Janna nick busuk

    January 9, 2018 at 12:45 am

    Janna nick nampak sgt kayu sama cam Rita rudaini…Ajak aku tgk ok je relax tak nampak gabra pun walo salah tgk kamera, tapi he tak kelakar la, takde it factor…tukar Janna nick la…she’s more towards mengecam her own audience like it’s her platform to meluahkan perasaan, sgtla tak professional…walopun awal suka meroyan, tapi kat melodi takdepun dia nak menyalahkan his audience!

  3. jebon

    January 8, 2018 at 4:16 pm

    sebenarnya bukan pasal host melodi dah karam lama dah ada lagi ke org nak tgok melodi,zaman ogy dulu ok lah skrg ni meluat paham tak …meletop pun org meluat tmbh melodi lagi laaa

  4. katak pisang

    January 8, 2018 at 2:53 pm

    kenapa si ajak pakai kasut rupe gitu..adoii.ingat ni rancangan kanak2 ke..adeh

  5. Anonymous

    January 8, 2018 at 2:18 pm

    org dpt job sbb bakat… tp janna dpt job dgn jual nama sheila rusly rekomen bagus2.. jd camni lah… senang2 dpt so xde rase nk bertanye ilmu dr pengacara senior ke.. berdiri camne tone camne bercakap cara host camne.. kekonon jd diri sendiri tuh yg ke laut.. try control bingit tp camne haprak tgk.. ni belajar jd host2 dgn kawan2 baik memang puji melambung padahal failed…

    gara2 pengacara yg failed ni michelle wee yg kene buat job interview guest… jd jahanam aku tgk melodi ni

Loading...