Neelofa antara selebriti yang cukup popular dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram. Tentu sekali apa yang beliau lakukan akan menjadi perhatian ramai.
Sering tampil dengan pelbagai fesyen yang unik, Neelofa sekali lagi dikritik netizen. Berpeluang untuk bertemu dengan model antarabangsa Bella Hadid baru-baru ini, busana serba merah yang digayakan Neelofa dikatakan terlalu seksi dengan skirt yang jarang dan singkat sehingga menampakkan kakinya.
Sekali pandang memanglah tampak agak seksi, tapi sebenarnya Neelofa sedikit pun tidak mendedahkan kulitnya sebaliknya sudah menutup aurat dengan memakai lining.
Hanya dengan sekeping gambar boleh rakam 1001 cerita, yang baik mahupun buruk. Semuanya terpulang kepada tafsiran masing-masing. Apa-apa pun, kami pasti dalam keghairahan mencuba fesyen yang berlainan daripada orang lain, Neelofa masih boleh berfikir mana yang sopan dan sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.