Netizen Kongsi Persamaan Logo Terbaharu Proton Dan Logo Kartun Popular ThunderCats

Automotif

Netizen Kongsi Persamaan Logo Terbaharu Proton Dan Logo Kartun Popular ThunderCats

Jenama kereta nasional, Proton baru sahaja melancarkan logo dan slogan terbaharu mereka baru-baru ini. Di dalam acara tersebut, Proton memperkenalkan slogan terbaharu yang melambangkan imej dan impian Proton.

Menurut ketua pereka syarikat itu, Azlan Othman, Proton memutuskan untuk mengekalkan imej harimau di dalam logo mereka yang melambangkan kekuatan, ketangkasan, keberanian dan kebanggaan.

Advertisement

Hadir dengan slogan ‘Inspiring Connections’, rekaan kali ini masih mengekalkan imej harimau yang telah digunakan sejak tahun 2000 bagi logo Proton. Tapi imej harimau kali ini nampak sedikit berbeza dan lebih moden dari yang sebelumnya.

logo proton
Dengan rekaan logo baru yang diperkenalkan, netizen tidak dapat lari dari mempertikaikan persamaan logo baru ini dengan logo kartun popular, ThunderCats. Menurut netizen memang sekali imbas nampak sama seperti logo ThunderCats.



Tetapi jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat perbezaan diantara dua logo tersebut. Mungkin kerana penggunaan haiwan yang sama untuk dua logo tersebut menyebabkan netizen sedikit keliru.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Proton di atas pelancaran logo terbaru ini. Sejak umumkan kerjasama bersama Zhejiang Geely Holding Group, penjualan jenama Proton juga dilihat semakin meningkat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...