Dalam kalangan masyarakat masa kini, kek tiramisu semakin mendapat tempat sebagai pencuci mulut pilihan ramai.
Dengan rasa lemak berkrim, gabungan kopi dan keju mascarpone yang mewah, kek ini bukan sahaja digemari golongan muda malah turut menjadi kegemaran seisi keluarga.

gambar hiasan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads yang memaparkan luahan seorang individu yang kesal apabila melihat ada segelintir ibu bapa memberikan kek tiramisu kepada anak kecil mereka.
Seperti yang diketahui, kek tiramisu mengandungi kadar kafein yang agak tinggi berbanding kek perisa lain kerana ia menggunakan biskut lady fingers atau kek span yang dicelup dalam bancuhan kopi.

gambar hiasan
Individu tersebut menegaskan, walaupun tiramisu merupakan kek yang popular dan digemari ramai, ibu bapa sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya memberikan manisan ini kepada anak kecil yang masih belum sesuai mengambil kafein.
Sebagai ibu bapa, boleh ada common sense sikit tak?
Kau suap toddler tiramisu yang terang-terang ada coffee.