Netizen Kecewa Lukisan Mural Wira-Wira Negara Dan YDPA Dicemarkan Dengan Kata-Kata Kesat

Trending

Netizen Kecewa Lukisan Mural Wira-Wira Negara Dan YDPA Dicemarkan Dengan Kata-Kata Kesat

Beberapa minggu lepas, lukisan mural wajah-wajah hero negara dalam melawan pandemik ketika ini yang dilukis di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor tular di media sosial. Hasil karya Suhaimi Ali ini adalah sebagai tanda penghargaan daripada rakyat Malaysia.

Sehinggakan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat sendiri lukisan mural ini minggu lalu. Tetapi malangnya, lukisan mural tersebut kini telah dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi perkongsian terbaru ini, netizen meluahkan rasa kecewa apabila melihat hasil karya tersebut telah pun tercemar dengan contengan tidak sepatutnya. Beberapa kata-kata kesat telah diconteng pada lukisan mural tersebut selain diconteng menggunakan penyembur berwarna merah.

lukisan mural

Dikhabarkan juga, pihak polis bersama media dan pelukis mural segera bergegas ke tempat kejadian setelah aduan dilakukan. Laporan polis juga telah dibuat dan kini siasatan sedang dijalankan bagi menangkap pelaku yang tidak bertanggungjawab ini.

Rata-rata netizen turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan vandalisme yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini. Bukan sahaja ianya tidak menghormati wira-wira negara dan YDPA, malah ianya juga telah merosakkan hasil kerja keras pelukis yang telah bersusah payah selama ini.

Selain potret Al-Sultan Abdullah, pelukis turut menghasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai tanda penghargaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...