Beberapa minggu lepas, lukisan mural wajah-wajah hero negara dalam melawan pandemik ketika ini yang dilukis di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor tular di media sosial. Hasil karya Suhaimi Ali ini adalah sebagai tanda penghargaan daripada rakyat Malaysia.
Sehinggakan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat sendiri lukisan mural ini minggu lalu. Tetapi malangnya, lukisan mural tersebut kini telah dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab baru-baru ini.
Busuknye hati ??? pic.twitter.com/9jOQDKwTgm
— Labu suka anak pak aji (@MrJamesLabu) July 20, 2020
Menerusi perkongsian terbaru ini, netizen meluahkan rasa kecewa apabila melihat hasil karya tersebut telah pun tercemar dengan contengan tidak sepatutnya. Beberapa kata-kata kesat telah diconteng pada lukisan mural tersebut selain diconteng menggunakan penyembur berwarna merah.
Dikhabarkan juga, pihak polis bersama media dan pelukis mural segera bergegas ke tempat kejadian setelah aduan dilakukan. Laporan polis juga telah dibuat dan kini siasatan sedang dijalankan bagi menangkap pelaku yang tidak bertanggungjawab ini.
Mentaliti kelas bawah. Biasa daripada dari certain geng yg tak suka kerajaan sekarang la. Bukan nak tuduh. Btw cubalah belajar secara matang even berbeza parti orang dalam tu dan ada gambar ydpa kot. Please rasa hormat
— ‘Izzudin (@shonen_moji) July 20, 2020
maaf.. aku kutuk sekeras2nya tindakan bodoh mcm ni. Aku pun tak setuju walaupun aku bukanlah penyokong kerajaan hari ini. Ini hasil seni yg hebat.
— Antonio Samad (@Edie57929225) July 20, 2020
kita boleh tak bersetuju dalam politik tp untuk hasil seni yang baik & orang yang bekerja untuk kebaikan Malaysia ini satu penghinaan. titik tangan dengan air lilin selesai masalah
— FaridFuckingMercury (@farid_ahcheng) July 20, 2020
Walaupun bukan aku yang lukis mural tu, hati aku hancur gila tengok bila karya pelukis dirosakkan macam tu je?
— ???? ? (@urlunae) July 20, 2020
Rata-rata netizen turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan vandalisme yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini. Bukan sahaja ianya tidak menghormati wira-wira negara dan YDPA, malah ianya juga telah merosakkan hasil kerja keras pelukis yang telah bersusah payah selama ini.
Selain potret Al-Sultan Abdullah, pelukis turut menghasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai tanda penghargaan.