Netizen Kecam Tindakan Finas Tapis Filem Netflix, Kini Heboh Kemunculan Aflix

Teknologi

Netizen Kecam Tindakan Finas Tapis Filem Netflix, Kini Heboh Kemunculan Aflix

Sejak dua hari lepas kita semua tahu bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta agar segala kandungan yang ditayangkan menerusi platform Netflix ditapis dahulu sebelum ditayang kepada penonton di Malaysia.

Baca ini: Finas Gesa kerajaan kaji kandungan Netflix

Advertisement

Ini kerana ramai ibu bapa yang bimbang dengan kandungan yang boleh diakses oleh anak-anak mereka.

Bagi mereka yang melanggan Netflix, ini adalah satu berita buruk sehingga membuatkan ramai netizen bengang dan tidak setuju langsung dengan cadangan ini.

Ini kerana cadangan ini sebenarnya satu bentuk kawalan kepada rakyat, walaupun mereka membayar platform penstriman Netflix setiap bulan.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang membangkang hasrat Finas kerana anda sendiri mempunyai pilihan menetapkan isi kandungan Netflix yang ingin ditonton oleh anak mereka.

hasrat kerajaan

Untuk ibu bapa yang risau dengan kandungan Netflix, netizen mencadangkan agar ibu bapa atau individu itu sendiri yang tapis isi kandungan di dalam Netflix di bahagian ‘setting’ mengikut kesesuaiaan anak-anak anda. Malahan, Netflix juga mempunyai akaun spesifik khas untuk kanak-kanak.

Finas ingin paparkan kandungan menjana minda

Finas merancang untuk memperbanyakkan program dan kempen dalam memberi kesedaran serta mendidik pemain industri tentang kepentingan tanggungjawab bersama memaparkan kandungan yang boleh menjana minda masyarakat.

Kerjasama dengan Aflix

Kini heboh pula kemunculan satu platform penstriman terbaru bergelar Aflix. Apa yang menariknya, Aflix mahu menjadi platform penstriman pertama dalam dunia yang menghasilkan kandungan hiburan beretika.

Apa yang pasti, Aflix sudah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dalam usaha kerjasama Finas bagi mempromosikan Aflix kepada penonton tempatan.

Disebabkan gambar tersebut tular di media sosial, Coach Fadzil yang merupakan wakil daripada Aflix menerangkan bahawa kenapa laman penstriman mereka dinamakan Aflix dan mengatakan bahawa video-video yang akan berada di Aflix tidak seperti di Netflix dan ditapis.

tular di media sosial

Apa itu Aflix?

Aflix

Aflix adalah platform penstriman yang menyediakan hiburan beretika yang sesuai untuk seluruh keluarga. Finas bersetuju untuk menyokong penstriman ini yang dapat membantu mempromosikan kandungan tempatan kepada dunia.

Penglibatan Finas untuk mempromosikan Aflix dapat membantu pemilik konteks menghasilkan lebih banyak sumber yang beretika.

Apa pendapat anda semua tentang penstriman terbaru bergelar Aflix ini?

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...