Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Netizen Kecam Puteri Balqis Mahu Main Forex Guna Dana RM100,000

netizen marah puteri balqis mahu main forex guna duit dana

Sekitar minggu lepas, kita dikejutkan dengan kisah pelakon cilik popular iaitu Puteri Balqis yang kini hidup susah selepas mula sakit beberapa ketika dahulu. Orang ramai nyata hiba apabila melihat dia berjalan sekitar Kuala Lumpur bagi menjual bukunya untuk mendapatkan wang untuk menyara hidup dia dan ibunya.

puteri balqis

Advertisement

Terkesan dengan cerita hidup Puteri Balqis, ramai orang yang menghulurkan bantuan dengan membeli bukunya itu. Tak kurang juga, ada pihak yang telah mengumpulkan dana mencecah RM100,000 bagi meringankan beban pelakon kanak-kanak itu.

Selepas kisah hidup Aqish mula tular, Datuk Aliff Syukri tidak melepaskan kesempatan dan telah memanggil kedua beranak itu untuk datang ke rumahnya bagi ditemu bual.

puteri balqish mahu main forex

Ketika Aqish berkongsi tentang keperitan hidupnya itu, Aliff Syukri ada bertanya apa yang akan dilakukannya sekiranya mendapat dana yang telah dikumpul itu. Pada awalnya, pelakon itu berkongsi bahawa dia akan menyimpan duit tersebut dan memberikannya kepada yang memerlukan.

Advertisement

Yang membuatkan netizen garu kepala ialah apabila Aqish turut mengatakan bahawa dia akan melaburkan duit tersebut dalam FOREX. Apa?

aliff syukri temu bual puteri balqish

Sedutan klip video temu bual itu telah tular di sekitar laman Twitter di mana rata-rata netizen menyelar kenyataan kanak-kanak itu. Mereka juga tertanya-tanya kenapa Aqish tak sebut langsung nak guna dana tersebut untuk rawatannya. Kata sakit kan?

netizen marah puteri balqish

Selepas mendengarkan kenyataan daripada Aqish ini, kebanyakan netizen meminta agar dana tersebut tidak diberikan lump sum dan diberikan secara bulanan. Takut disalah gunakan pula!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Hamba Allah

    January 20, 2020 at 3:18 pm

    Perhatian muslimin & muslimat seantero dunia,

    FOREX hukumnya HARAM.

    “Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (FOREX) oleh individu secara “lani” (individual spot Forex) melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang- undang . Selaras dengan itu, umat islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan matawang seumpama ini”.

    (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 6/2018-1439H yang bersidang pada 30 Ogos 2018 bersamaan 18 Zulhijah 1439H – Parameter Perdagangan Forex oleh Individu Melalui Platform Elektronik)

    Puteri Balqis dan ibunya…sila mendalami hukum ini. Bercakap lah yang benar walau sakit.

    sekian terima kasih.

  2. Husnozon

    January 20, 2020 at 1:13 pm

    Selalunya respon spontan dr kanak2 ni mmg betul pun..bkn fikir negatif..anak2 cerminan ibu bapa, lg2 kalau tak bercampur dgn org lain..

  3. Anonymous

    January 20, 2020 at 9:07 am

    Omg. Finally a legit comment. I was thinking the same! Munchausen syndrome!!!

  4. nana

    January 20, 2020 at 8:52 am

    aku bukan dengki tp still pelik. kenapa ibu aqish ni tak kerja. aku tgk bersama mu, ramai je ibu tunggal kerja tinggal anak2 oku kecik2 lg umur. kerja jual kuih, kutip sampah janji dpt duit beli susu, beli pampers, beli ubat, byr duit doktor. tu baru belanja anak sakit. silap percaturan la mak dia masuk bersama mu, sekarang pun dh nmpk mak dia start buat perangai buang org sikit2. Memang betul ada budak sekolah tak pandai tp jujur ckp kau boleh berlakon sampai bila je, takkan dh tua esok kau tak boleh berlakon kau nk mengemis balik so pergi la sekolah, ada sijil SPM pun jd la dr tak ada apa2. jgn dok sibuk kan forex tu sgt, entah2 forex pun si aqish ni tak pandai selok belok.

  5. meetomato

    January 20, 2020 at 2:28 am

    Kepada Mak Balqis & Puteri Balqis,

    Pls accept the fact korang 2 ni Papa Kedana. Sila la hidup berjimat cermat, tak perlu nak ikut standard kehidupan mewah dulu. Tau la korang dpt 100k lepas ramai yg menderma tapi niat korang nak pakai 100k ni is so wrong.

    Nak Balqis masuk balik ke British Council. Seriously!!????!!?? How I wish Mak Balqis dpt share brapa fees blajar English di British Council.

    And then piano lessons. Monthly fees aku rasa Mak Balqis still can cover but when Balqis needs to sit for her piano exams, bknnya harga RM200-RM400 pun byr piano exam ni.

    Skrg kat vlog Aliff Syukri, cakap nak main Forex, yg ni lagi hebat laaaaaa…..mmg buat aku speechless habis.

    Intention nak buat rawatan takde disebut langsung! Now I wonder, org yg menderma ni kene scam ibu & anak ni ke or apeeeeee….

    Mak Balqis ni mcm Dee Dee Blanchard ke, yg ade Munchausen Syndrome. Kinda scary to see if this situation ade kat Malaysia.

Loading...
To Top