January 19th, 2020

Sekitar minggu lepas, kita dikejutkan dengan kisah pelakon cilik popular iaitu Puteri Balqis yang kini hidup susah selepas mula sakit beberapa ketika dahulu. Orang ramai nyata hiba apabila melihat dia berjalan sekitar Kuala Lumpur bagi menjual bukunya untuk mendapatkan wang untuk menyara hidup dia dan ibunya.

puteri balqis

Terkesan dengan cerita hidup Puteri Balqis, ramai orang yang menghulurkan bantuan dengan membeli bukunya itu. Tak kurang juga, ada pihak yang telah mengumpulkan dana mencecah RM100,000 bagi meringankan beban pelakon kanak-kanak itu.

Selepas kisah hidup Aqish mula tular, Datuk Aliff Syukri tidak melepaskan kesempatan dan telah memanggil kedua beranak itu untuk datang ke rumahnya bagi ditemu bual.

puteri balqish mahu main forex

Ketika Aqish berkongsi tentang keperitan hidupnya itu, Aliff Syukri ada bertanya apa yang akan dilakukannya sekiranya mendapat dana yang telah dikumpul itu. Pada awalnya, pelakon itu berkongsi bahawa dia akan menyimpan duit tersebut dan memberikannya kepada yang memerlukan.

Yang membuatkan netizen garu kepala ialah apabila Aqish turut mengatakan bahawa dia akan melaburkan duit tersebut dalam FOREX. Apa?

aliff syukri temu bual puteri balqish

Sedutan klip video temu bual itu telah tular di sekitar laman Twitter di mana rata-rata netizen menyelar kenyataan kanak-kanak itu. Mereka juga tertanya-tanya kenapa Aqish tak sebut langsung nak guna dana tersebut untuk rawatannya. Kata sakit kan?

netizen marah puteri balqish

Selepas mendengarkan kenyataan daripada Aqish ini, kebanyakan netizen meminta agar dana tersebut tidak diberikan lump sum dan diberikan secara bulanan. Takut disalah gunakan pula!

17 responses to “Netizen Kecam Puteri Balqis Mahu Main Forex Guna Dana RM100,000”

  1. Anonymous says:

    Masalah orang kita ni suka pkir nagetif.Bila cakap mac am orang kata kita acah-acah pula. Ingat balik tujuan hidup kita dekat dunia ini.

  2. kaktimah says:

    Main forex tu, mungkin nak lipat gandakan duit tu. dapat le RM 250 ke 340 ribu. tapi kalau hilang semua duit tu manak ko nak KOREK!

  3. poosak says:

    hi anon january 19,2020 at 6:34pm,

    you were talking about Gypsy Rose Blanchard.

  4. Anonymous says:

    Inilah akibatnya bila tak pergi sekolah.. cakap pun tak berapa cerdik

  5. Pemerhati says:

    Hi melayu, Forex tak halal. Punya banyak kaunter halal dekat bursa saham Tu. Masuk sana. Ko nak jadi trader blh, investor pun blh. Since you have so much time. Belajar Jd trader. With 100k. Fork out about 3k per 2 persons. Attend class with professional guru. The rest u can trade. But, start small First. Saham is business. Of coz Ada untung rugi. So, jgn pk untung je. Pk baik2 which company/counter you want to invest your money. Jgn semberono.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini