January 19th, 2020

Sekitar minggu lepas, kita dikejutkan dengan kisah pelakon cilik popular iaitu Puteri Balqis yang kini hidup susah selepas mula sakit beberapa ketika dahulu. Orang ramai nyata hiba apabila melihat dia berjalan sekitar Kuala Lumpur bagi menjual bukunya untuk mendapatkan wang untuk menyara hidup dia dan ibunya.

puteri balqis

Terkesan dengan cerita hidup Puteri Balqis, ramai orang yang menghulurkan bantuan dengan membeli bukunya itu. Tak kurang juga, ada pihak yang telah mengumpulkan dana mencecah RM100,000 bagi meringankan beban pelakon kanak-kanak itu.

Selepas kisah hidup Aqish mula tular, Datuk Aliff Syukri tidak melepaskan kesempatan dan telah memanggil kedua beranak itu untuk datang ke rumahnya bagi ditemu bual.

puteri balqish mahu main forex

Ketika Aqish berkongsi tentang keperitan hidupnya itu, Aliff Syukri ada bertanya apa yang akan dilakukannya sekiranya mendapat dana yang telah dikumpul itu. Pada awalnya, pelakon itu berkongsi bahawa dia akan menyimpan duit tersebut dan memberikannya kepada yang memerlukan.

Yang membuatkan netizen garu kepala ialah apabila Aqish turut mengatakan bahawa dia akan melaburkan duit tersebut dalam FOREX. Apa?

aliff syukri temu bual puteri balqish

Sedutan klip video temu bual itu telah tular di sekitar laman Twitter di mana rata-rata netizen menyelar kenyataan kanak-kanak itu. Mereka juga tertanya-tanya kenapa Aqish tak sebut langsung nak guna dana tersebut untuk rawatannya. Kata sakit kan?

netizen marah puteri balqish

Selepas mendengarkan kenyataan daripada Aqish ini, kebanyakan netizen meminta agar dana tersebut tidak diberikan lump sum dan diberikan secara bulanan. Takut disalah gunakan pula!

17 responses to “Netizen Kecam Puteri Balqis Mahu Main Forex Guna Dana RM100,000”

  1. Anonymous says:

    Eluk fokus yg penting; perubatan PB dan pelajaran PB

  2. Anonymous says:

    Tetiba teringat Ada satu kes luar negara dulu….mak die beria bawak anak pergi hospital ape semua sbb kata anakndie sakit blablabla…mcmmcm diagnosis buat still xde jawapan….org kesian bg bantuan..dpt pas free tempattempat best…..at the end budak tu dgn boifren die bunuh mak die sbb sebenarnya die xpernah sakit pun…..mak die yg BG makan ubat mcmmcm supaya die sakit.. FYI mak die tu nurse …lupa detail cerita tu berlaku Kat Mana….so akish Kan pandai jgn bazirkan cerdik yg Ada tu utk sesuatu yg bengap…sekian….kamu baru 13 tahun….ape yg kamu nmpak depan kamu belum tentu yg sebenarnya berlaku….

  3. PB says:

    positip tak kena tempat la ko ni

  4. Ratu Pinggiran says:

    Ada orang tak suka study. PB masih muda.. Jangan buang masa. Ceburi apa PB minat… Good Luck PB

  5. Watever says:

    Dua beranak ni mcm sesuatu sgt…duit hbs sebab buat rawatan atau main forex…ermmmmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini