Netizen Kecam Kakak Pemandu Honda Jazz ‘Back Up’ Adik, Saksi Kemalangan Di Senawang Tampil Buka Cerita

Trending

Netizen Kecam Kakak Pemandu Honda Jazz ‘Back Up’ Adik, Saksi  Kemalangan Di Senawang Tampil Buka Cerita

Saksi kejadian kemalangan maut di lampu isyarat Persiaran Senawang 1, berhampiran Matahari Height baru-baru ini tampil menceritakan tentang insiden terbabit.

Menerusi TikTok, lelaki berkenaan berkata dia berada di depan ketika kejadian tersebut berlaku serta menyaksikan segala-galanya dan sehingga hari ini masih trauma.

Advertisement

pemandu Honda Jazz langgar lampu merah tiada lesen

Dia pada mulanya enggan berkongsi tentang detik hitam itu namun terpanggil selepas tular tentang kakak kepada pemandu Honda Jazz yang kini teruk dikecam kerana menyebelahi adiknya serta mengharapkan keadilan buat remaja berusia 18 tahun tersebut.

Katanya nak tuntut keadilan buat adiknya? Maaf saya lambat tampil, tapi saya sedia jadi saksi kerana saya nampak segalanya kelajuan, dentuman, letupan, kebakaran dan…

kakak pemandu Honda Jazz back up adik

 kakak pemandu Honda Jazz back up adik

kakak pemandu Honda Jazz back up adik

Jelasnya, motosikal mangsa yang keluar simpang tidak bersalah kerana lampu isyarat sudah hijau ketika mereka bergerak. Ceritanya lagi, saksi-saksi lain di tempat kejadian menjerit Allahuakbar kerana terkejut dengan dentuman yang sangat kuat ditambah pula dengan letupan kecil.

Saya berada paling depan dekat lampu isyarat itu. Kejadian berlaku depan mata saya. Saya nampak, saya jadi saksi macam mana motosikal itu betul-betul ikut undang-undang.

 

Jadi kepada kakak yang langgar tu, janganlah cerita soal takdir soal ujian. Adik engkau yang langgar aku nampak depan mata aku. Dah beberapa saat dia langgar lampu merah tu sangat laju dan nyawa aku sendiri hampir melayang.

@edynoorreduanKatanya nak tuntut keadilan buat adiknya? Maaf saya lambat tampil, tapi saya sedia jadi saksi kerana saya nampak segalanya.. kelajuan, dentuman, letopan, kebakaran dan …♬ Last Hope – Steve Ralph

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pemandu Honda Jazz langgar lampu merah tiada lesen
7 hours ago

Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...