Sedia maklum, ketika ini nama Fara Salleh sedang menjadi perhatian selepas dirinya mendedahkan pelbagai dakwaan mengenai suaminya iaitu pelawak, Shuk Sahar yang dikatakan ayah tidak bertanggungjawab.
Bukan itu saja, malah dalam hantaran Instagram Story baru dimuat naik, Fara telah ‘memetik’ nama bekas isteri Shuk iaitu Rossa Sera kerana kecewa netizen menganggap situasi yang dihadapi olehnya sekarang ini merupakan kifarah menganggu rumah tangga Rossa dan Shuk, sebelum ini.
View this post on Instagram
Tak perlu nak petik nama mahupun samakan aku dengan perempuan itu (Sera). Kami berdua tiada beza. Kau pesan dekat pengikut kau suruh diam ya perempuan.
Susulan hantaran tersebut telah meraih perhatian warganet, rata-rata merasakan Fara seakan-akan tidak mahu mengakui salah sendiri dan hanya menuding jari kepada orang lain sahaja.
Malah, ramai yang menungkit kisah lama Fara yang sebelum ini ‘terhegeh-hegeh’ mahukan Shuk sebagai pasangannya, sedangkan sudah tahu ketika itu pelawak berkenaan berstatus suami serta bapa kepada tiga orang anak.
Sekadar info, Fara Salleh dan Shuk Sahar mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Shuk kerana sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Rossa Sera tetapi bercerai talak satu pada Mac 2023.