Beberapa artis Malaysia dikecam di media sosial kerana berbangga menyokong Tun Mahathir walaupun tidak pernah menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu sebelum ini. Lebih teruk lagi, ada antara mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi walaupun menyatakan kegembiraan atas kemenangan parti pimpinan Tun M dalam Pilihanraya Umum ke 14 dan memuat naik gambar dengan Tun ke media sosial masing-masing.
Sebaliknya, artis seperti Fathia Latiff dipuji Netizen kerana menunjukkan sokongan terhadap Tun Mahathir walaupun di saat parti pimpinannya belum membentuk kerajaan sebelum pilihanraya lagi.
Fathia menulis:
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sementara itu Netizen telah menamakan beberapa orang selebriti yang memuat naik ucapan berbangga menjadi rakyat Malaysia sedangkan tiada bukti mereka telah mengundi semasa PRU 14. Malah, ada antara mereka didapati tidak berdaftar sebagai pengundi walaupun layak hasil siasatan Netizen.
List yang tak MENGUNDI tapi beriya upload video/gmbr Tun M.
1. Hanis Zalikha
2. Hairul Azreen
3. Sajat
4. Aliff Syukri
5. Wak Doyok
6. Nabila SuhaimiYang lain korang tambah sendiri & update list nie (kalau rajin)
— ????????????????????? (@nur_fieka) May 10, 2018
Sementara itu beberapa orang artis yang menunjukkan sokongan kepada kerajaan terdahulu dikatakan terpaksa berbuat demikian demi menjaga periuk nasi mereka.
Mereka dihalang dan diugut tntg periuk nasi mereka sebelum ni. @fatiyalatiff ja yg berani bersuara lantang. Bila najib jatuh, baru semua berani bersuara
— NadhirahOthman (@nadhirahothman_) May 11, 2018
Apa pendapat anda? – beautifulnara.com