April 30th, 2019

Setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri, seperti baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri bertindak merotan anak perempuannya, Qadeja El Zahra yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung. Niatnya cuma ingin anaknya menjadi seorang wanita bermaruah.

Ada yang menyokong cara Aliff mendidik anaknya itu, namun ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Kata mereka, Qadeja masih lagi kecil dan belum lagi baligh. Tidak mustahil cara yang kasar dan keterlaluan akan membuatkan anak itu trauma.

Bukan itu sahaja, Aliff juga dikecam masih lagi sempat untuk merakam anaknya dalam kesakitan dan memuat naik video tersebut di media sosial.

Bak kata pepatah, Menjaga seorang anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu. Sebenarnya setiap ibu bapa berhak untuk mendidik anak mereka ke arah lebih baik dengan cara yang berhemah juga. Mungkin Aliff tidak perlu pun memuat naik video tersebut sehingga timbul pelbagai salah faham. Apa pendapat anda?

Sumber Berita : Twitter


74 responses to “Netizen Kecam Aliff Syukri Rakam Video Rotan Anak Sampai Birat Kerana Buka Tudung”

  1. Dr. Ozarks says:

    Salam. Perbuatan ni salah dari segi undang2 perlindungan kanak2. Sapa ada masa, sila report polis. Sah Dato Alif akan kena tindakan.

  2. Adman says:

    Pukul pun jangan la sampai berbirat, bg buat dia takut je. Lepas tu pegi rekod pulak lagi adehhh

  3. Anonymous says:

    Berlakon je semua tu. Korg percaya ke?? Dia cuma nak pesan JAGA MARUAH SBG PEREMPUAN, WALAUPUN KO JUAL JAMU.

  4. abang says:

    baik kau rotan abang sajat kalau dia pakai tudung, dia tu lelaki.

  5. Anonymous says:

    baik kau rotan abang sajat kalau dia pakai tudung dia tu lelaki.

Loading...