Netizen Kecam Aksi Kak KM Berlari Di Shibuya Crossing – “Mencemarkan Imej Rakyat Malaysia”

Hiburan

Netizen Kecam Aksi Kak KM Berlari Di Shibuya Crossing – “Mencemarkan Imej Rakyat Malaysia”

Usahawan sensasi Liana Rosli sekali lagi menjadi bualan netizen apabila tindakannya bersama anak perempuan, Nabila Razman, ketika bercuti di Jepun mencetuskan kontroversi.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM dilihat berlari melintasi Shibuya Crossing di Tokyo, sebelum terjatuh dan ketawa bersama anaknya di tengah lintasan tersebut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lianarosli Official (@kakkmsayang)

Aksi berkenaan mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai netizen menyifatkannya sebagai tidak beradab dan memalukan. Antara komen yang dilontarkan termasuk, “Boleh tak bila travel tu jangan bagi orang pandang negatif dekat orang Malaysia? Jangan bagi nama negara buruk.”

Komen yang lain ialah, “Tingkah laku dan tidak beradab seperti ini amat memalukan dan mencemarkan imej rakyat Malaysia” serta “Jakunnya, lapar perhatian pun ada.”

Setakat ini, masih tiada respon dari pihak Kak KM mengenai kecaman ini.

kak km liana rosli kak nona
2025-10-16 14:24:32

Kak KM Akui Hubungan Dengan Kak Nona Renggang - "Aku Tak Menyesal, Tak Rindu Siapa-Siapa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...