Pelakon Azri Iskandar memberitahu dia dimarahi rakan baik dek terlalu terbuka menceritakan kisah hubungannya bersama kekasih, Dr Azra pada umum.
Kerana terlalu terbuka menceritahkan kisah percintaannya bersama Dr Azra, Azri berkata dia dimarahi rakan selebriti, Azhar Sulaiman kerana perkara ini menjadi bualan netizen.
Dia larang sebab tak mahu saya kena kecam hanya kerana tidak mendedahkan gambar Dr Azra dan mendakwa wanita itu tidak wujud.
View this post on Instagram
Difahamkan dari laporan Berita Harian, bekas suami kepada pelakon, Ellie Suriaty itu berkata dirinya tidak akan ulas lagi soal hubungan bersama kekasihnya.
Netizen mengatakan saya gila dan berkahwin dengan orang bunian. Jadi, saya nak tutup buku.
Kata Azri lagi, dia tetap terbuka untuk mengumumkan berita gembira jika sudah berjumpa jodoh satu hari nanti.
Sebelum ini, Azri Iskandar umum dirinya sudah bertunang dengan Dr. Azra di kediaman wanita itu pada 29 Jun lalu.