Isteri kepada usahawan kontroversi, Jofliam iaitu Dewi mendiamkan diri selepas insiden kekasaran yang berlaku antaranya dan Cik Epal ketika wanita itu datang untuk mengambil semula barangan miliknya.
Bagaimanapun netizen berpendapat Dewi tidaklah ‘diam’ seperti yang dia mahu orang lain anggap kerana sebenarnya wanita itu membuat provokasi.
Menerusi Threads, netizen mengkritik Dewi dan menyifatkan tindakannya berkongsi gambar di Instagram sebagai satu bentuk provokasi terhadap Cik Epal.
Misi provoke Cik Epal dengan tayang hasil sondolan yang CE tak dapat nak ambil di Level 2.
Foto tersebut memaparkan sejambak bunga yang diletakkan di tepi sebuah meja sisi berserta gambarnya bersama Jofliam, sekuntum bunga dan sekeping kertas dipercayai kad ucapan Hari Ibu ditulis Han sebelum ini.
Ada yang berpendapat Dewi sengaja melakukan provokasi dengan menunjukkan barangan milik Cik Epal berserta ucapan Han untuknya seolah-olah memberi mesej tersirat dia kini memiliki kehidupan Cik Epal sebelum ini.
Nak tangkap gambar bunga ke nak tunjuk perabot CE beli tapi kau hamak??? Konon konon nak tangkap gambar aesthetic la tu?
Sesetengah netizen turut memerli Dewi kerana tidak tahu malu menjalani kehidupan di dalam rumah itu dan menggunakan barangan pernah digunakan Cik Epal sebelum ini.
Malah, rata-ratanya membuat tanggapan bahawa Cik Epal langsung tidak pedulikan provokasi sebegini kerana kini lebih fokus dengan kehidupan barunya.